Penambahan masa instruksional Sains dan Matematik Tahap 2 serta pemberian insentif kepada guru bagi memperkukuh pengajaran mata pelajaran STEM dan pengurusan pentadbiran enrolmen.
Jabatan Pendidikan Negeri Johor dengan kerjasama Kerajaan Negeri Johor berhasrat mewujudkan suatu bentuk pendidikan yang dapat memupuk serta memacu kecemerlangan pendidikan di negeri Johor secara tuntas. Ianya dirancang bermula dari pendidikan asas iaitu di sekolah rendah hingga ke pendidikan menengah. Kesepaduan di antara elemen keguruan, murid dan persekitaran mesti dilaksanakan secara optimum. Tumpuan utama adalah memperkasakan penguasaan Bahasa Inggeris dan mata pelajaran STEM seterusnya kebolehpasaran lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).
Penguasaan Bahasa Inggeris
Penguasaan STEM
Penilaian Pencapaian Standard
Pendidikan Lepasan SPM
Skor tahap cemerlang bagi Standard 4 Guru, Independant User B1 bagi semua murid sekolah rendah dan Independant User B2 bagi semua murid sekolah menengah
Read MoreMenyediakan pendidikan STEM berkualiti, dengan sasaran enrolmen sekurang-kurangnya 70% murid mengambil aliran STEM menjelang tahun 2030
Read MoreMelaksanakan sistem penilaian pencapaian murid yang standard di peringkat sekolah rendah dan sekolah menengah
Read MoreMemastikan 100% lepasan SPM di Johor melanjutkan pelajaran ke peringkat tertieri (pendidikan tinggi)
Read MorePeningkatan 10% bilangan guru STEM berkompetensi tinggi dalam pelaksanaan PdPc STEM serta peningkatan enrolmen dan kecemerlangan murid STEM A di peringkat menengah atas di SRBJ melalui pendekatan inkuiri, pembelajaran berasaskan projek, dan pembelajaran berasaskan masalah.
Peningkatan enrolmen dan kecemerlangan murid STEM ke peringkat tertiari melalui pelaksanaan PdPc STEM yang mengintegrasikan pengetahuan, kemahiran, dan nilai secara mendalam menerusi pendekatan inkuiri, pembelajaran berasaskan projek, dan pembelajaran berasaskan masalah.
Penambahan masa instruksional Sains dan Matematik Tahap 2 serta pemberian insentif kepada guru bagi memperkukuh pengajaran mata pelajaran STEM dan pengurusan pentadbiran enrolmen.
Pemerkasaan pendekatan PdPc konstruktivis, Lesson Study, dan Profesional Learning Pathway bagi meningkatkan kemahiran dan kecekapan guru STEM.
Memberikan latihan pemerkasaan pendekatan PdPc konstruktivis kepada semua guru Sains dan Matematik SRBJ dengan lebih kerap supaya pembelajaran lebih menyeronokkan dan bermakna.
Membina kapasiti guru-guru Sains dan Matematik dalam peningkatan pengetahuan dan kemahiran pedagogi konstruktivis dengan pelibatan murid aktif serta penggunaan alat teknologi dan sumber pendidikan yang relevan
Meningkatkan kemahiran kolaboratif guru Sains dan Matematik melalui Lesson Study, yang membolehkan mereka merancang, melaksanakan, dan menganalisis PdPc secara berkesan.
Membangunkan medium perkongsian pembelajaran profesional guru bagi tujuan perkongsian amalam baik dan penyebarluas praktis aktiviti STEM melalui kepakaran luar
Pembugaran fungsi kelab STEM sebagai agen promosi STEM aktif dengan meningkatkan peluang murid untuk mendapatkan kemahiran baharu, pengembangan bakat dan aktiviti STEM
Libat urus industri dan institusi pengajian tinggi untuk pembelajaran berasaskan pengalaman
Membangunkan pendokumentasi digital data bagi Profil STEM Sekolah Rintis Bangsa Johor yang merekodkan penglibatan dan kemahiran STEM murid bermula dari Tahap 2 sekolah rendah.