Data Murid STEM
Pengumpulan data adalah khusus untuk pelajar Tingkatan 4 di sekolah menengah dan dikendalikan oleh Jabatan Pendidikan Negeri Johor (JPNJ).
Arahan untuk Penyelaras
Semua Penyelaras STEM Sekolah Menengah atau Guru Data dikehendaki melengkapkan pendaftaran pelajar STEM Tingkatan 4 menggunakan Sistem Pendaftaran Yang Telah Disediakan Di Laman Web Ini.
Peringatan Penting
Sila masukkan Bilangan Pelajar Tingkatan 4 dalam format angka. Sistem hanya akan memproses data dalam bentuk angka.
Butiran Pakej STEM
Pakej A
Semua subjek sains tulen (Fizik, Kimia, dan Biologi) dan Matematik Tambahan.
Pakej B
Dua subjek sains tulen, Matematik Tambahan, dan sekurang-kurangnya satu subjek elektif STEM atau subjek elektif bukan STEM.
Pakej C (1)
Sekurang-kurangnya dua subjek elektif STEM (Sains Gunaan & Teknologi).
Pakej C (2)
Mana-mana satu Subjek Vokasional (MPV) atau Pendidikan Vokasional Menengah Atas (PVMA).
Poster Infografik



